Sulit
4 tahun
Sakit tulang tengah-tengah punggung
Saya wanita berusia 18 tahun dan telah mengalami sakit di tulang tengah-tengah punggung hampir sebulan…apabila saya tidur saya akan mula sakit tulang punggung…dan apabila saya duduk.saya tidak rasa sakit.saya tidak mengalami bengkak di tempat sakit
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kerisauan anda tentang kesakitan di bahagian tulang punggung anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
- Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
- Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
- Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sebelum gejala gejala tersebut mengundang komplikasi yang lebih teruk. Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih terperinci mengenai langkah yang perlu dilakukan pada waktu ini.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

































