Sulit
4 tahun
Sakit tumit dan tak selesa dibahagian ari ari
Hi doc , Saya wanita usia 20tahun . Masalah saya , saya mengalami sakit tumit, telapak kaki dan sakit pinggang sejak 2 atau 3 bulan lepas . Dan 2hari lepas sehingga harini saya rasa tak selesa dan sakit di bahagian bawa perut iaitu ari ari . Adakah ini masalah rahim . Apakah masalah yang saya alami dan jalan penyelesaian . Adakah ini akan menyebabkan saya sukar hamil ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda mengalami masalah sakit tapak kaki, pinggang, kawasan ari-ari dan ia amat mengganggu anda. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang dialami oleh anda memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor kerana ia boleh berpunca dari pelbagai masalah kesihatan yang dialami pada satu masa.
Bagi gejala sakit di kawasan ari-ari yang dialami oleh anda, ia boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang di dalam salur kencing
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory disease)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted disease)
Namun begitu, lebih banyak maklumat diperlukan untuk mengetahui mengapa anda mengalami gejala-gejala yang disebutkan. Kami sarankan anda untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

































