
Sulit
5 tahun
Salam doc..ada ketulan panjang pada batang zakar
Salam doc…saya lelaki berusia 34 tahun. Ada benjolan oanjang pada batang zakar. Sblum ini saya tidak pernah merasai benjolan itu. Benjolan seperti urat dalam kukit pada tas otot zakar. Terasa seperti urat tetapi agak kerass sedikit. Harap doc dapat beri penjelasan masalah saya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti memberi gambaran sifat / masalah kulit yang sedang anda hadapi ini. Selain itu, maklumat tambahan seperti warna, sudah berapa lama timbul, lokasi spesifik, bilangan benjolan dan sebagainya. Secara umum, masalah kulit yang bersifat seperti benjolan di bahagian kemaluan boleh jadi sebabkan oleh banyak penyakit seperti:
- Akibat alahan terhadap sabun atau pakaian dalam
- Kelainan kulit seperti skin tag
- Penyakit Kelamin ( Sexually Transmitted Disease ) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Masalah kulit seperti benjolan nanah, jerawat ataupun cyst
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.