
Sulit
5 tahun
Saringan untuk Covid 19
Saya dah demam 3 hari, baru pulang dari melancong Cambodia bersama mak dan ayah minggu lepas.Mak dan ayah saya sihat sahaja. Demam bersama selsema dan sakit tekak. Tiada tanda nak sihat. Saya ambil ubat demam dan antibiotik. Perlukah saya buat ujian darah covid 19?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus
jangkitan kuman
demam denggi
jangkitan paru-paru
keradangan
Walaubagaimanapun, memandangkan anda baru sahaja berkunjung ke luar negara, kami tidak menolak risiko jangkitan COVID19. Anda disarankan untuk klik pada link ini untuk mendapatkan maklumat lanjut coronavirus di sini:
Anda dikehendaki untuk menilai kategori risiko anak anda. Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19).
Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
Kenali gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini