
Sulit
4 tahun
Saya ada masalah cyst
Salam doctor… saya umur 30an, saya selalu mengalami masalah sakit dekat bawah perut dan pinggang… sya ada berjumpa doctor pakar di hospital kerajaan, tpi bila scan doctor cakap cyst yg ada cuma bersize kecik dan tidak boleh menyebabkan kesakitan, 11nov tahun lalu sya ada pergi untuk dapatkan rawatan sebab mengalami sakit yg sma doc ada buat ujian kencing kotor tpi negative…dan hari ni 2feb 2021 sakit tu datang lagi, sya ada minta doc buat ujian MRI tpi doc tu cakap tidak perlu buat masa ni… sya nak buat ujian MRI dekat private tpi sy tidak mampu. Apa saya perlu buat doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tidak ada jangka masa yang tertentu di mana sista ini akan membesar. Kebiasaannya, sista ini boleh mengecut dengan sendirinya selepas beberapa bulan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Selain itu, sista ovari ini selalunya tidak menyebabkan gejala atau kesan melainkan sekiranya ia sangat besar. Akan tetapi melalui penerangan anda di atas, saiz sista tersebut tidak telalu besar. Dan sekiranya ia hanya benign sista, ia tidak akan membesar dengan terlalu cepat dalam masa hanya sebulan. Terdapat kemungkinan sakit tersebut disebabkan oleh masalah lain. Namun, untuk mengetahui dengan lebih tepat sekiranya sista anda membesar, imbasan ultrasound diperlukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda masih risau tentang masalah yang dihadapi? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.