
Sulit
5 tahun
Saya ade masalah Lelaki
Hi doc… saya ade mslh kantung telur yg agak gatal.bkn gatal nak memancut air mani tp ni gatal mcm bekuman. Bila digaru ia mengeluarkan cecair gatal. Bila cecair tu kena celah kangkang,ia merabak sampai ke belakang(skrg tinggal parut).gatalnya saya garu sampai berdarah… apa yang saya hadapi ni doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gatal di buahi zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Luka di kulit kemaluan seperti luka lecet
- Masalah kelainan kulit seperti dermatitis atau ekzema
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
Justeru, anda amat digalakkan untuk memeriksakan kondisi anda ke doktor agar penyakit tidak memburuk. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.