
Sulit
5 tahun
Saya Baru habis pantang anak dah nak masuk 5bulan period tak datang
Macam mna ya , Saya selesa datang period daripada tak datang period , sbb darah kotor tak keluar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, pada kebanyakan orang, tempoh perdarahan nifas yang normal adalah sekitar 6 minggu. Apabila darah nifas anda telah berhenti, ini bermakna perubahan badan akibat kehamilan dan bersalin telah selesai dan tubuh badan anda telah kembali kepada kondisi tidak hamil. Pada kondisi ini, tubuh anda telah bersedia untuk hamil lagi.
Akan tetapi, sekiranya anda sedang menyusukan bayi anda, harus diketahui bahawa ia adalah kerana proses menyusukan adalah satu bentuk pencegahan kehamilan natural yang mana bermaksud ia berfungsi dalam mencegah kehamilan dengan cara yang mirip dengan pil ataupun suntikan perancang.
Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid lambat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Tes ini boleh dilakukan bila-bila sahaja ataupun 2 minggu setelah hubungan seksual tanpa perlindungan. Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.