
Sulit
5 tahun
Saya baru pulang dari JB dan ada contact dgn warga singapore. Selepas 2 hari sy mula mengalami tanda demam, sakit tekak, sakit kepala. Adakah saya perlu risau dan dapatkan rawatan lanjut?
Hi,saya berumur 34, tinggal di Bangi, sy baru pulang dari JB (29feb-1mac) Di JB sy telah ke mall2 dan JPO, dan kelihatan ramai rakyat singapore di situ berdasarkan no plate kereta. Selepas 2 hari (hari ini) sy mula mengalami demam ringan 37.5, sakit tekak, sakit kepala dan sakit sendi. Adakah saya perlu risau, high risk dan perlu ke klinik untuk rawatan lanjut untuk ujian covid 19 @ perlu menunggu jika terdapat symptom lebih teruk seperti nafas laju dll?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Anda disarankan untuk klik pada link ini untuk mendapatkan maklumat lanjut coronavirus di sini:
- Anda dikehendaki untuk menilai kategori risiko anda. Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19).
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
- Gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Memandangkan anda mengalami gejala, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut dan pemeriksaan dengan segera.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini