Sulit
4 tahun
Saya da refef kk pagi tadi masa cek x bgkak lagi
Perlu refer kecemasan tak ? sbb da mula bengkak
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, bengkak pada bahagian kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara selain Bartholin’s seperti
- jangkitan kuman dan bakteria
- ketumbuhan yang tidak bahaya
- kanser bahagian kemaluan luar (jarang berlaku)
Walaupun anda pasti ia adalah Bartholin’s cyst, anda masih memerlukan konsultasi dan pemeriksaan fizikal untuk memastikan punca sebenar dan seterusnya mendapatkan rawatan dan ubat yang betul. Barulah kesimpulan dapat dibuat.
Tempuhi aktiviti harian dengan selesa
Oleh kerana pelbagai sebab boleh menjadi punca puan mengalami masalah tersebut kami perlu mengajukan beberapa soalan kepada anda untuk mengenalpasti dengan tepat penyebab masalah puan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh merujuk perkara ini kepada klinik kesihatan, atau secara langsung kepada unit kecemasan jika ianya terlalu sakit dan perlu penanganan yang segera.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
































