
Sulit
4 tahun
Saya dan pasangan menghidap pembawa talasemia
saya sedang bercinta dengan pasangan saya. setelah beberapa bulan kemudian, dia baru mengaku kepada saya yang dia juga pembawa talasemia. tapi kitorang dah nak kahwin dah. saya taktahu nak buat macam mana sekarang. saya buntu samada untuk memilih cinta atau masa depan. please tolong saya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Untuk pengetahuan cik, sekiranya kedua-dua pasangan merupakan pembawa gen Talasemia, mereka mempunyai risiko sebanyak 1:4 (25%) untuk melahirkan bayi yang berpenyakit Talasemia Major. 1: 2 (50%) risiko untuk mempunyai anak yang mendapat ‘Thalasemia Trait’. Dan 1:4 (25%) anak berpeluang mewarisi gen yang normal daripada kedua-dua ibu bapa dan ianya bebas daripada penyakit tersebut.
Sebaliknya, sekiranya salah seorang ibu atau bapa merupakan pembawa Talasemia. Risiko untuk mendapat anak yang mempunyai Talasemia Major adalah 0%, Thalasemia Traits adalah 50%, dan yang bebas dari mewarisi gen Talesemia adalah 50%.
Walau bagaimanapun, mengikut peredaran zaman dan peningkatan teknologi, terdapat beberapa rawatan yang dapat diberikan pada pembawa atau pesakit Talasemia secara umumnya.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan kenyataan yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan bantuan dan nasihat secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lanjut dari doktor pakar? Clinical Haematologist kami sedia membantu
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.