
Sulit
3 tahun
Saya haid pada 20/7/2021, pada 3/8/2021 ada darah keluar
Salam Dr. Saya berumur 22 Tahun dan belum berkahwin. Hari pertama saya haid 20/7/2021 . Pada 3/8/2021 ada darah keluar keluar pagi… Apa puncanya DR boleh beri penjelasan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkaitan dengan perubahan period anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda mengalami ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Bersenam berlebihan
- Peningkatan berat badan atau penurunan berat badan secara ketara
- Pengambilan sebarang ubatan seperti pil perancang dan lain
- Kecederaan atau penyakit pada tempat kemaluan
Faktor-faktor atas biasanya menyebabkan gejala yang anda mengalami ini. Punca gejala yang serupa sekali ini amat sukar untuk dikenal pasti tanpa perincian.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan