Sulit
5 tahun
Saya ialah lelaki berumur 29 tahun , Dalam 2 minggu in saya ada masalah kencing, kencing separuh sahaja tapi terasa ada lagi air dalam, tetapi tidak dapat keluar
Saya ialah lelaki berumur 29 tahun , Dalam 2 minggu in saya ada masalah kencing, kencing separuh sahaja tapi terasa ada lagi air dalam, tetapi tidak dapat keluar
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Prostat membesar (paling lazim dalam golongan lelaki)
- Jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI)
- Jangkitan kelamin
- Masalah saraf pada pundi kencing (neurogenic bladder)
- Masalah batu karang dalam saluran kencing
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dikhuatiri sekiranya dibiarkan dapat memburuk dan mempengaruhi kesihatan anda. Maka, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































