Sulit
4 tahun
Saya ibu menyusu… Boleh kah saya minum susu eveready malt
Saya ibu menyusu… Boleh saya minum susu eveready malt
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Untuk makluman anda, bagi ibu yang menyusu, pengambilan susu adalah tidak menjadi keutamaan tetapi sesetengah ibu bimbang akan nutrisi yang diperoleh tidak mencukupi. Dalam hal ini, ianya diperbolehkan untuk minum. Namun, ada ketikanya bayi menunjukkan alahan atau sensitif terhadap protein yang terkandung dalam susu lembu. Sekiranya masalah ini timbul, adalah sebaiknya si ibu berhenti meminum susu tersebut.
Antara tanda alahan pada bayi adalah:
- Ruam kemerahan pada kulit
- perut kembung secara berlebihan
- muntah, merengek
- perut bayi tidak selesa
- gangguan usus dan cirit birit
Sebenarnya, dengan memakan makanan seimbang setiap hari yang melebihkan jumlah pengambilan sayur-sayuran adalah penting untuk mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh si ibu.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

































