
Sulit
4 tahun
Saya ingin tahu bagaimana mengambil bacaan darah tinggi dirumah
Selamat sejahtera doktor…saya merupakan pesakit darah tinggi.Saya ada mesin bacaan darah tinggi di rumah.Saya ingin bertanya apakah cara yang betul untuk ambil bacaan darah tinggi dengan tepat di rumah dan bagaimana kedudukan badan yang betul semasa ambil bacaan darah tinggi dirumah?..sekian terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang persoalan yang anda hadapi.
Berikut adalah cara untuk mendapatkan bacaan tekanan darah.
1. Bermula
- Ukur tekanan darah anda pada masa yang sama pada setiap hari – sekali pada waktu pagi dan sekali sewaktu senja. Bacaan tekanan darah pagi patut diukur sebelum anda memakan ubat, manakala bacaan tekanan darah senja patut diambil sebelum makan.
- Bacaan tambahan boleh dibuat jika dinasihati oleh doktor anda.
- Kosongkan pundi kencing anda sebelum anda mengambil bacaan tekanan darah anda4.
- Jangan merokok, minum kopi, teh atau minuman berkafeina, atau bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda mengambil bacaan.
- Rehat untuk 5 minit sebelum mengambil bacaan.
- Duduk di atas kerusi dengan belakang anda disokong, lengan didedahkan dan disokong pada paras jantung.
- Pastikan kaki anda rata pada lantai (jangan silangkan kaki).
2. Mengukur tekanan darah dengan sphygmomanometer
- Gunakan sphygmomanometer digital yang disahkan oleh badan yang bereputasi baik (contohnya, British Hypertension Society dan American Association for the Advancement of Medical Instrumention).
- Pastikan saiz kaf melilit sekurang-kurangnya 80% lilitan lengan anda dan lebar kantung sekurang-kurangnya 40% lilitan lengan anda.
- Pastikan tengah kaf diletakkan di atas siku anda.
3. Mencatat tekanan darah anda
- Catatkan kedua-dua tekanan darah sistolik and diastolik.
- Ambil dua atau tiga bacaan dengan sekurang-kurangnya 1 minit di antara bacaan. Catatkan semua bacaan.
- Kongsi dan bincang bacaan tekanan darah anda dengan doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan untuk berhubung dengan kami. Terima kasih.