
Sulit
4 tahun
Saya ingin tahu tentang mati pucuk
Saya ozil berumur 26 tahun, saya mengalami kesukaran ereksi . Mampu ereksi tetapi mengambil masa yg lama. Ada kah itu tanda mati pucuk dok? Bagaimana untuk mengelakkan dri mati pucuk ni dri berlaku? Saya mengambil masa 1 minit untuk tegang dan jika tiada rangsangan, zakar saya akan mengecut dgn pantas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala mati pucuk termasuklah:
- Masalah mendapat ereksi
- Masalah menjaga ereksi
- Kekurangan keinginan seksual
Bagi mengelakkan masalah ini, puncanya haruslah dielakkan. Mati pucuk ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah psikologi
Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas punca sebenar masalah anda diketahui, barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.