Sulit
4 tahun
Saya kerap melakukan onani .. semasa sya sedang joging lalu membuang air kcil ada air mazi yg keluar selepas saya buang air kecil
Saya lelaki brumur 24 … kerap melakukan onani dan tgh berusaha untuk berhenti … dan tadi semasa sya tengah joging dan berehat sambil buang air kecil … selepas buang air kecil ada air mazi yg keluar semasa saya smbung melakukan aktiviti berjoging… boleh Dr bagitahu saya apa punca air mazi keluar sendiri ketika berjoging dan cara mencegah nya berlaku lagi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah air mazi keluar sendiri ketika berjoging yang anda hadapi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa kondisi apabila air mazi keluar tanpa sengaja, iaitu tanpa berasa ada tarikan seksual, air mazi atau air mani tetap keluar. Pengeluaran mazi tanpa sengaja ini dapat terjadi pada pelbagai keadaan. Antaranya:
- Kesan sampingan ubatan
- Gangguan emosi
Namun, gejala ini juga boleh disebabkan oleh kondisi kesihatan yang lebih serius seperti:
- Masalah prostat seperti keradangan ataupun kanser
- Kerosakan saraf - atau akibat kecederaan, dan jangkitan
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Sakit Tuan

































