
Sulit
4 tahun
Saya lewat datang haid
Hai, saya berusia 28 tahun dan mempunyai kitaran haid yg agak normal, pd 26/9 sy telah bersama dgn pasangan, dan pada 7/10 haid saya dtg mcm biasa, tapi, padan bulan 11 haid saya tidak dtg, Kitaran haid saya adlh 30±, dan sewaktu bersama adalah semasa hari ke 19. adakah kemungkinan saya hamil…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Dalam kes anda, kami tidak dapat memberi apa-apa kesimpulan tetapi anda boleh melakukan dua perkara ini untuk melihat sama ada anda hamil ataupun tidak:
- Melakukan ujian kehamilan menggunakan kit UPT, ataupun
- Berjumpa dengan doktor untuk menentukan sama ada anda hamil ataupun tidak
Jika anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi doktor kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.