
Sulit
3 tahun
Saya lewat datang period dah 7hari
Hai saya umur 24tahun . Bulan3 tahun ni genap anak kedua saya 2tahun . Skrg saya lewat period dah 7hari (last period 3/5) , kerap sakit kepala dan cepat letih . Beberapa hari lepas terdetik utk check payudara tetapi ada keluar seakan susu . Utk pengetahun anak kedua saya ni dah lama putus susu badan sbb susu badan saya tak berapa meriah . Saya dah buat upt tapi keputusan negatif , bnyk kali dah test tetap negatif . Adakah terlalu awal utk saya test upt? Sekian terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda mengenai haid yang datang lewat daripada sepatutnya dan pengeluaran susu badan membuatkan anda tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku kepada anda. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, cecair yang keluar daripada payudara adalah normal di dalam kalangan wanita pada usia reproduktif walaupun anda tidak hamil dan ia boleh berlaku akibat perubahan hormon ataupun perubahan fibrocystic pada payudara. Tetapi sekiranya terdapat darah yang keluar daripada puting dan ia disertakan dengan perubahan pada payudara dan badan anda, pemeriksaan oleh doktor haruslah dilakukan.
Haid yang lewat pula boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor lazim yang dikaitkan dengan haid lewat adalah:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Membuat ujian kehamilan (UPT) terlalu awal juga boleh menyebabkan bacaan menjadi negatif kerana hormon kehamilan (hCG) belum cukup tinggi untuk dikesan oleh kit kehamilan yang digunakan. Keputusan negatif juga boleh disebabkan oleh faktor berikut:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Kami sarankan anda untuk hubungi doktor kami di atas talian untuk mendapatkan konsultasi dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.