
Anonymous
6 tahun
Saya masih ragu - ragu terhadap keputusan HIV saya
Saya ad soalan mengenai ujian hiv test yg saya buat (ab/ag) cmia di bp lab. Saya ada melakukan hub sex tanpa condom pada 11 jan 2018. Ujian yg sy buat adalah pada 21 jan 2018, 29 jan 2018, 17 april 2018 dan 31 april 2108. Keputusan adalah non reactive. Saya masih rasa ragu2 dan bersalah terhadap tindakan saya. Bagaimanakah sy boleh hilangkan anxiety ini terhdap keputusan. Dan adakah ujian sy telah conclusive.

6 tahun
Salam sejahtera.
Secara amnya, terdapat 2 jenis ujian untuk mengesan jangkitan HIV, iaitu ujian saringan dan ujian pengesahan. Ujian saringan HIV, atau HIV rapid test, merupakan sejenis ujian yang mengesan sama ada anda mempunyai antibodi kepada HIV. Orang yang mendapat keputusan positif dari ujian ini akan dirujuk untuk menjalankan ujian pengesahan. Keputusan HIV rapid test yang positif tidak semestinya bermakna bahawa anda telah menghidap jangkitan HIV kerana pelbagai punca lain boleh menyebabkan keputusan positif seperti:
• Pernah menerima transfusi darah yang berulangan
• Vaksinasi atau imunisasi
• Pernah mengandung untuk beberapa kali
• Penggunaan dadah suntikan
• Penyalahguna alkohol dan pesakit yang menghidap sirosis hati
• Prosedur salah semasa menjalankan HIV rapid test
Antibodi kepada HIV mengambil masa sehingga 4 minggu untuk dihasilkan selepas jangkitan pertama. Oleh sebab anda telah menjalankan HIV rapid untuk 4 kali dan jangka masa ujian-ujian tersebut adalah berjarak 3 bulan lebih, kemungkinan anda untuk menghidap jangkitan HIV adalah sangat rendah, terutamanya jika anda bukan bekerja sebagai kakitangan kesihatan, dan anda tidak pernah menjalankan perbuatan berisiko tinggi seperti hubungan seks bebas, penggunaan dadah atau mempunyai tatu yang banyak.
Konklusinya, anda TIDAK menghidap jangkitan HIV. Jika anda masih risau, anda boleh berjumpa dengan doktor lain untuk mendapatkan nasihat.

6 tahun
Hai. Salam sejahtera dan terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Anda telah melakukan ujian antibodi untuk mengesan kehadiran HIV dalam tubuh anda.
Ujian yang telah anda jalani adalah sangat tepat. Selepas 28 hari dijangkiti virus ini, ujian ini boleh terus mengesan kehadiran virus di dalam tubuh. Namun, oleh kerana terdapat 5% kemungkinan untuk ujian ini menjadi tepat hanya setelah 3 bulan, maka kebiasannya ia hanya akan dibuat ke atas pesakit pada masa tersebut dari hari pendedahan kepada virus.
Menurut penerangan anda, ujian keempat yang anda jalani adalah setelah 3 bulan. Oleh kerana itu, keputusan ujian anda adalah tepat dan tiada sebab untuk anda berasa ragu-ragu dan gusar lagi. Hal ini kerana keputusan ujian yang negatif ataupun non-reactive adalah sangat boleh dipercayai dengan peratusan sehingga 99.7%. Ujian ini adalah antara ujian yang paling tepat yang pernah dihasilkan oleh saintis dalam bidang perubatan untuk mengesan jangkitan.