
Sulit
5 tahun
Saya mempunyai masalah jerawat yang teruk
hi doc. saya mempunyai masalah jerawat yang teruk. saya pernah ke skin clinic di ppum dan doctor pernah bagi saya doxycycline untuk 3 bulan. sepanjang saya consume doxycycline, kulit saya makin okay. tapi sekarang saya tak ambil dah doxycycline and kulit saya ada jerawat banyak. patutkah saya ambil doxycycline?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah jerawat yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ubat antibiotik secara makan tidak digalakkan untuk diambil dalam jangka masa yang lama. Ianya harus diambil di bawah pemantauan doktor.
Biasanya masalah jerawat boleh diatasi dengan menghindari bahan pencetus jerawat. Bagi mengatasi masalah jerawat anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.