Sulit
5 tahun
Saya mempunyai masalah Lewat datang period sejak april 2020 sampai sekarang jun 2020. Adakah ini tanda2 hormon tidak stabil atau tanda2 hamil?
Saya wanita berumur 23 tahun dan baru berkahwin.
Sy mempunyai masalah haid tidak datang pada waktu y sepatut nye…sebelum kawin period saya ttap dtg walaupun awal bulan atau hujung last period saya 8/4/2020.namun,sampai sekarang ini saya sudah lewat hampir 2 bulan sejak saya haid pada bulan april.apabila saya menggunakan utp hasilnya adalah negative… Sy juga mengalami sakit di bawah perut dan juga saya mengalami kencing tidak lawas… Dan baru baru ini sy merasakan puting payudara saya sakit. Adakah itu tanda2 sy sedang hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Saya sarankan agar anda mengambil UPT semula atau ke klinik untuk pemeriksaan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























