
Sulit
4 tahun
Saya mengalami gejala batuk yang sudah lama . bermula dari tahun 2017 sampai sekarang
saya mengalami satu penyakit batuk yang sudah agak lama. sudah beberapa kali ke hospital rujuk ke doktor, mereka memgesyaki penyakit tibi, bila beberapa kali lakukan ujian tapi sebenarnya bukan sakit tibi .
gejala yang saya alami terutama waktu malam semasa hendak tidur ialah, sakit dada (terasa sempit), batuk berkahak yang berterusan, kerap sendawa dan nafas berbunyi².
saya ada buat beberapa rujukan, dan kemungkinan penyakit yang saya alami ini GERD ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan. Anda juga akan mengalami gejala seperti terbakar pada dada dan kerap sendawa
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.