
Sulit
3 tahun
Saya mengalami masalah ketumbuhan cyst
Sering sakit di bahagian ari-ari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang telah diajukan
Melalui keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah ketumbuhan kista (Cyst) disertai dengan sakit dibahagian ari-ari. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, antara punca masalah ini adalah seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Senggugut
Penyakit yang lebih serius yang boleh menyebabkan gejala ini memerlukan pemeriksaan lanjut adalah:
- jangkitan kuman pada saluran kencing
- masalah batu sepenjang saluran kencing
- fibroid dan adenomyosis
- penyakit radang pelvis
- ovari terbelit (ovarian torsion)
- kehamilan ektopik
- kanser seperti kanser uterus dan kanser serviks
- Masalah sistem pencernaan
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi