
Sulit
5 tahun
Saya mengalami sakit tekak dan batuk.. sakit tekak yg saya alami sudah hampir 7 hari..Degupan jantung selalu laju time saya cek darah
Assalamualaikum…Saya Biha berumur 24 tahun…Saya mengalami sakit tekak dan batuk… Sakit tekak yang saya alami sudah hampir 7 hari…Saya agak risau…
Lebih2 lagi pada waktu malam terasa sukar utk menelan berbeza di waktu siang hari…Siang hari seperti tekak saya sudah okey… sebaliknya tidak… bila malam akan terasa sakit tekak…Batuk pula hanya sedikit tidak terlalu teruk … tetapi batuk yg tiada kahak…
Soalan saya :
1.Adakah sakit tekak dan batuk yang saya alami ini simptom kpd covid-19 ataupun simptom kepada penyakit serius yang lain?
2.Dan bagaimana pula cara untuk saya hilangkan sakit tekak dan batuk ini… ?
Boleh tolong jelaskan .Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Masalah sakti tekak dan batuk boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan selain COVID-19:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Oleh kerana itu gejala nya yang agak sama seperti penyakit lain, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya
Dirumah, anda disarankan:
- berkumur dengan air garam bagi menghilangkan keradangan’
- minum air dengan mencukupi
- ambil ubat batuk. jika batuk berkahak, gunakan expectorant atau mucolytic, jika batuk kering gunakan antitussive ubat batuk.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini