
Jahizan
6 tahun
Saya mengalami simptom herpes simplex2
Saya mengalami ulcer yg sangat bnyak dikemaluan sy… bila sy google tentang penyakit ini, symptomnye lebih kpd herpes simplex 2… hsv 2… harap dr dpt bantu…

6 tahun
Salam sejahtera.
Terdapat dua jenis jangkitan virus herpes simplex atau HSV telah dikenal pasti iaitu kudis berisi air di mulut atau di muka (mouth sores atau cold sores) yang disebabkan oleh HSV 1 dan kudis berisi air di bahagian kemaluan (genital herpes) yang disebabkan oleh HSV 2. HSV 1 biasanya merebak melalui perkongsian perkakas serta bercium dengan orang yang mempunyai ulser HSV atau cold sore. HSV 2 biasanya merebak melalui hubungan seks tanpa perlindungan.
Jangkitan HSV menyebabkan ulser atau ruam kulit yang berair. Gejala seperti demam dan bengkak kelenjar limfa juga boleh berlaku. Ulser mengandungi HSV yang aktif dan boleh disebarkan melalui sentuhan. Ruam tersebut biasanya akan sembuh dalam masa 2 hingga 4 minggu tetapi orang yang mempunyai daya pertahanan rendah akan mengambil masa yang lebih panjang untuk sembuh. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan serangan ruam yang berulangan termasuk keletihan, pemakanan yang tidak sihat serta haid.
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk memeriksa sama ada anda menghidap penyakit kelamin yang lain dan rawatan terbaik boleh diberi untuk anda. Ubatan antivirus biasanya digunakan untuk merawat jangkitan HSV. Ubatan sapu yang mengandungi acyclovir boleh digunakan untuk ruam di bahagian mulut, muka, kemaluan atau dubur.