
Sulit
4 tahun
Saya missed period
Saya wanita berumur 20 tahun dan telah berkahwin 3 bulan,saya mempunyai beberapa masalah dalam bulan ini…sebelum ini period saya normal dan saya jumpa waktu ovulasi saya.pada bulan ini,saya lambat datang period 3 hari,pada hari ke 4,saya angkat beras 10 kilo,and saya rasa sakit seperti senggugut dan keluar darah yang banyak seperti period.kemudian seminggu selepas period saya keluar lendir berwarna coklat sehari tapi dalam kuantiti yang sedikit,tidak sakit dan tidak berbau.kemudian saya ada test ovulation,saya tak jumpa waktu ovulation saya pada bulan ini berbanding bulan sebelumnya.bulan lepas saya datang period lebih sehari berbanding bulan sebelumnya iaitu 6 hari.kenapa ye doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Sekiranya masalah ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan sewajarnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.