
Sulit
5 tahun
Saya nak bertanya tentang masalah saya yang was was tentang HIV
selama ni saya seorang yang sosial. saya pernah bersetubuh dengan 4 orang lelaki. ada yg pakai kondon dan ada yg tak. saya berasa was was dan takut jika suatu hari nanti saya terkena hiv. macam mana saya nak detect jika saya kena hiv dan berapa lama masa untuk tahu jika saya ada tanda2 hiv? payut kah saya pergi buat checkup dan amek darah? sebelum saya berkahwin? maksudnya, saya nak kahwin tapi saya nak sangat check hiv ni sebelum saya dgn pasangan check sama sama. saya ingin mendapatkan penjelasan dari doc. ye, sekarang saya baru menyesal dan saya takkan ulangi kesilapan ini. lelaki ke empat yang pernah bersetubuh dgn saya nak kahwin dgn saya. tapi saya takut sebab saya takut ada hiv. sebab sebelum ni saya pernah bersetubuh dhn lelaki lain jugak.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, ujian pengesanan HIV memang wajib dilakukan di Malaysia sebelum berkahwin.
HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti:
- Darah
- Air mani
- Cecair faraj
- Susu ibu
HIV boleh merebak melalui:
- Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut)
- Penagih berkongsi jarum dan alat suntikan
- Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV
- Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu.
Apakah tanda-tanda jangkitan HIV?
Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 2-6 minggu selepas dijangkiti kuman HIV:
- demam
- sakit tekak dan batuk
- sakit otot
- sakit kepala
- cirit-birit
- bengkak kelenjar limfa
- letih
- ruam
- sakit sendi
- turun berat badan
Pada peringkat awal, selalunya pesakit kelihatan sihat tetapi dirinya HIV positif. Walaupun pesakit tidak mempunyai tanda-tanda AIDS, tetapi ia boleh merebak dan menjangkiti orang lain.
Pesakit HIV mudah untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan badan lemah. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, gejala AIDS akan muncul dalam 8-15 tahun
Gejala-gejala tersebut adalah seperti berikut:
- ruam
- jangkitan sistem pernafasan
- jangkitan paru-paru yang teruk dan batuk kering
- cirit-birit yang kronik
- jangkitan kuman pada otak (contohnya toxoplamosis)
- Jangkitan kulat (contohnya candidiasis pada saluran makanan atau sistem pernafasan)
- kanser (contohnya Kaposi’s sarcoma)
Dalam masa 2 tahun, pesakit AIDS boleh dijangkiti jangkitan kuman yang teruk, susut berat badan dan lemah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.