Sulit
5 tahun
Saya rasa masalah wanita tapi sayapun Tak tahu punca Utama dan mohon consultancy dpd kalian
Malam tadi saya berasa sakit di bahagian payudara kiri. Apabila diperiksa, ada biji seakan akan bisul di bahagian ketiak. Sakit seperti rasa bisul atau jerawat, tapi tidak kelihatan dgn mata kasar. Kalau rasa dgn tangan, mmg rasa ada biji sebesar biji kacang hijau. Saya risau masalah ini ada kaitan dgn kanser payudara. Adakah masalah ini serius?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan dibawah ketiak boleh disebabkan:
- Fibroadenoma
- Sista
- Jangkitan virus atau bakteria
- Lipoma
- Jangkitan kulat
- Penyakit lupus
- Kanser payudara
- Limfoma
- Leukemia
Anda boleh merujuk segera pada doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































