
Parkkhen123
5 tahun
Saya rasa pening dah 2 hari,bila membarig diatas katil rasa pening teruk ,pusing,
Rasa sangat pening rasa nak muntah tapi tak muntah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya dapati anda mengalami masalah mual serta pening kepala. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Flu.
Pengambilan nikotin, kafein serta alkohol
Masalh emosi- Stress, depresi, kebingungan yang melampau
Alahan terhadap makanan
Keracunan makanan
Morning sickness (untuk wanita mengandung)
Sekiranya sakit anda berlanjutan sehingga menganggu aktiviti harian atau anda mengalami gejala di bawah, sila berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Berlaku secara tiba-tiba dan parah
Sakit kepala disertai dengan gejala neurologi lain seperti kelemahan, kesukaran berjalan, kekebasan, masalah bercakap, masalah penglihatan dan kekeliruan
Berpanjangan dan semakin teruk
Berterusan disertai mual dan muntah
Berlaku selepas kecederaan kepala
Tercetus secara tiba-tiba selepas batuk, bersin, perubahan postur atau senaman
Mempunyai gejala tambahan lain seperti:
- Sakit kepala belakang atau leher bersama-sama demam, ruam dan kepekaan kepada cahaya - Meningitis
- Kulit kepala sisi yang sakit, sakit rahang semasa mengunyah - Arteritis sel “Giant”
- Masalah penglihatan, kesakitan mata atau kemerahan mata - Glaukoma sudut tertutup aku
Berikut hanya jawapan umum mengenai masalah anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Semoga anda cepat sebuh dan terima kasih.