
Parkkhen123
5 tahun
Saya rasa pening dah 2 hari,bila membaring diatas katil rasa pening teruk ,pusing,
Juga rasa nak muntah ,tapi tak muntah ,rasa sangat pening setiap kali nak membaring di atas katil malam ,sampai tak boleh tidur, boleh makan panadol untuk mencegah lagi pening teruk?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya dapati anda mengalami masalah mual serta pening kepala. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Flu.
Pengambilan nikotin, kafein serta alkohol
Masalh emosi- Stress, depresi, kebingungan yang melampau
Alahan terhadap makanan
Keracunan makanan
Morning sickness (untuk wanita mengandung)
Berikut hanya jawapan umum mengenai masalah anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada. Mengetahui punca adalah sangat penting sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Namun begitu, untuk menjawab persoalan anda, panadol boleh diambil bagi mengatasi masalah sakit kepala anda. Ikut arahan sukatan ubat seperti yang tertera pada ubat tersebut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Semoga anda cepat sebuh dan terima kasih.