
Sulit
3 tahun
Saya seorang wanita yang berumur 20 tahun . kebelakangan ini, saya kerap mengalami sakit di bahagian pipi dan merasa lenguh
saya seorang wanita yang berumur 20 tahun . kebelakangan ini, saya kerap mengalami sakit di bahagian pipi dan merasa lenguh . ia kerap kali terjadi lebih lebih lagi sewaktu hendak tidur.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- masalah ketegangan otot
- Masalah sendi Temperomandibular (Temperomandibular joint disorder)
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor , antaranya:
- jangkitan daripada gigi merebak ke bahagian lain
- masalah saraf
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.