
hlovate1990
2 tahun
Sebaceous cyst cheek berulang
Saya wanita brusia 29tahun. 2014 minor surgery utk sebaceous cyst cheek belah kanan. 2015 muncul lgi. 2019 bru cdg nak buang. Kenapa cyst boleh berulang ye pada tempat yang sama?

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
• Ketulan di bawah kulit yang mungkin mengandungi bahan cecair atau separa cair.
• Selalunya, sebaceous cyst dijumpai pada bahagian muka, leher,kulit kepala atau badan.
• Ia tumbuh dengan kadar perlahan dan tidak menyebabkan ancaman nyawa tetapi mungkin boleh menyebabkan rasa yang tidak selesa terutamanya apabila sebaceous cyst membesar.
PENYEBAB SEBACEOUS CYST
- kelenjar atau salurannya tersumbat atau rosak
- trauma
- pembedahan ke atas bahagian kulit tersebut
Ia adalah penting kerana tanpa pembedahan yang lengkap biasanya sebaceous cyst akan berulang kembali.Kaedah rawatan adalah melalui excision iaitu membuang cyst sepenuhnya.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.