
Sulit
2 tahun
Sebaceous cyst wound dressing
Saya telah pergi ke klinik swasta untuk membuang sebaceous cyst dibelakang badan saya. Pada hari keesokkan ketika membuat wound dressing, Saya difahamkan doctor tidak membuang kantung cyst tapi hanya membuang nanah dalam cyst tersebut. Adakah cyst tersebut akan berulang? Dan bagaimanakah cara untuk saya mencuci luka cyst tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Untuk makluman anda, Sebaceous cyst ialah Ketulan di bawah kulit yang mungkin mengandungi bahan cecair atau separa cair.
Antara penyebab sebaceous cyst:
- kelenjar atau salurannya tersumbat atau rosak
- trauma
- pembedahan ke atas bahagian kulit tersebut
Ia adalah penting kerana tanpa pembedahan yang lengkap biasanya sebaceous cyst akan berulang kembali. Kaedah rawatan adalah melalui excision iaitu membuang cyst sepenuhnya.
Bagi sebarang cyst yang telah dibedah, cuci kawasan dengan bersih dan lap sehingga kering. Tutup kembali kawasan tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.