
mooncity888
4 tahun
Sedikit demam 37.6 C, batuk dan selesema. Telah balik Dari Pulau Redang. Adakah saya covid-19? Nak tanya doktor thank you
Saya berumur 19 tahun dan saya baru balik dari Pulau Redang. Says telah check suhu saya iatu 37.6 C. adakah normal untuk saya batuk berkahak sekarang tetapi hanya kadang kadang. Dan adakah symptoms untuk covid-19 adalah batuk kering atau batuk berkahak? Mohon prncerahan dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda mengalami demam gred rendah. Ini mungkin membawa maksud anda tengah pulih daripada jangkitan. Oleh kerana anda masih batuk, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala batuk berkahak boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Saya berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.