Anonymous
6 tahun
Segugut dan sakit belakang slps buang ovarian cyst
Adakah normal rasa segugut dan sakit belakang selepas buang ovarian cyst ?.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Untuk pengetahuan puan, komplikasi utama pembedahan membuang cyst ovari adalah
- pendarahan
- darah beku
- jangkitan pada bahagian bedah
- cyst kembali berlaku
Terdapat juga kesan samping yang agak jarang berlaku seperti
- kecederaan pada organ berdekatan
- ketidaksuburan
Untuk maklumat pihak puan, ia adalah normal untuk sebarang pembedahan berasa sakit terutamanya dalam tempoh jangka pendek di tempat pembedahan. Sekiranya kesakitan bersifat teramat sangat dan berlarutan dalam tempoh yang lama melebihi sebulan, hendaklah puan memaklumkan kepada pakar perubatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































