
Sulit
3 tahun
Seks bagi mikro hymen
Bolehkah mikro hymen menjalani seks seperti biasa dan apakah kesannye? Apakah perawatan mikro hymen tanpa pembedahan?
Adakah lubang hymen sebesar 2-3cm adalah mikro hymen?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Untuk makluman anda, selaput darah (hymen) adalah tisu yang nipis yang terdapat di liang faraj. Hymen adalah berbeza untuk setiap individu dan tiada saiz normal baginya. Terdapat beberapa jenis hymen, iaitu :
- Imperforate hymen (Hymen yang tutup liang faraj)
- Microperforate hymen (Pembukaan kecil pada hymen)
- Cribiriform hymen
- Septate hymen
Sekiranya ada masalah pada hymen, doktor akan menjalankan satu prosedur iaitu hymenectomy, di mana doktor akan membuka liang faraj supaya darah haid dapat keluar. Perkara ini biasanya dilihat dengan imperforate hymen. Biasanya, semasa mengadakan hubungan seksual, hymen akan menjadi regang (stretch) dan ini boleh mengakibatkan pendarahan.
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor pakar sakit puan supaya anda dapat dibantu dengan lanjut.
Anda juga boleh menghubungi kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi peribadi mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.