
Sulit
3 tahun
Seks kali pertama adakah mengganggu harmon?
Saya berumur 26 tahun. Saya telah melakukan seks pertama kali pada 8 Julai lepas iaitu beberapa hari selepas habis period. Kemudian saya telah sakit pinggang, kembung perut seperti senggugut. Ujian Upt dilakukan dan semuanya negatif. Malah, saya datang period untuk bulan Julai dan Ogos. Doktor di klinik mengatakan saya tengah subur menyebabkan berasa sakit sedemikan. Adakah perempuan melakukan seks kali pertama akan mengganggu hormonnya?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda, masalah utama adalah sakit seperti senggugut yang membimbangkan setelah melakukan hubungan seksual buat pertama kali. Anda juga menyatakan bahawa sakit tersebut tiada kaitan dengan kehamilan dan haid datang seperti biasa. Kami akan cuba bantu anda.
Untuk makluman anda, hormon wanita yang berkaitan haid dan kesuburan tidak berubah setelah hubungan seksual melainkan persenyawaan ovum berlaku. Perubahan yang berlaku setelah pengalaman seks pertama bagi wanita adalah pada:
Payudara dan puting
Payudara lebih padat dan sedikit besar kerana kegairahan seksual meningkatkan kadar salur darah di payudara. Ia juga menyebabkan puting menjadi lebih sensitif.Hormon oksitosin
Oksitosin juga dikenali sebagai hormon gembira atau kasih sayang. Ia dibebaskan di dalam otak setelah hubungan seksual dilakukan.
Bagi punca sakit menyerupai senggugut pula berkemungkinan berpunca daripada:
Fasa ovulasi dalam kitaran haid
Endometriosis
Uterine fibroid
Ovarian cyst
Sakit radang pelvis (PID)
Ini adalah deduksi umum daripada senarai simptom yang diberikan bagi punca sakit senggugut. Untuk mengetahui sumber sebenar gejala anda pemeriksaan fizikal serta ujian dan penyelidikan lanjut perlu dilakukan. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.