
khairuljabbal
4 tahun
Selalu beronani.kemaluam tidak mengeras..adalah saya telah terkena mati pucuk..apa yang perlu di buat
Hi.saya berumur 13.saya dulu selalu beronani.tiba tiba kemaluan saya tidak mengeras.adakah saya telah terkena mati pucuk.apa yang perlu saya buat.daya sudah insaf.saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala mati pucuk adalah seperti:
Masalah mendapat ereksi
Masalah menjaga ereksi
Kekurangan keinginan seksual
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Namun, bagi masalah mati pucuk, ianya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Rawatan adalah bergantung dengan punca. Antaranya:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.