
Sulit
4 tahun
Selalu rasa sakit dada di sebelah kiri dan batuk
saya berumur 49thn, dlm seminggu ni saya selalu terasa pedih di dada sebelah kiri…2 hari lepas dah buat ecg…doc kata normal…sebelum ni dalam tahun 2018 saya dah buat scope…doc kata saya ada hpylori…bgi ubat utk 2 minggu…ok kejap…sekarang dtg semula…25/3 sya berdehem…dan ada darah sedikit fresh setiap kali berdehem…hari ni pun masih ada…seblum ni pun pernah berlaku…tp hilang…saya refer ke ent…doc kata saya ada alergi rhinitis…mengikut doc juga…mungkin di sebabkan reflux…dah buat montox test utk TB…negatif…sya pun dah keliru apa mslh kesihatan saya…sampai jd anxiety…mohon penjelasan doktor…terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Berikut merupakan langkah langkah yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan sakit dada:
- Elakkan merokok , pengambilan alkohol, dan makanan tidak seimbang
- Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk merawat gejala sakit dada supaya gejala tersebut tidak mengganggu aktiviti harian anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.