
azrulfauzi5163
4 tahun
Selalu sendawa pendek-sendawa panjang
Nak tanya kerap sendawa tu kira ada kaitan dengan gastrik kew? Gastrik boleh sembuh ke kalau mengambil ubat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sendawa yang anda alami ini banyak punca. Antara punca-punca anda kerap sendawa adalah seperti:
- Penyakit asid-refluks (GERD)
- Penyakit ulser perut
- Hiatus hernia
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.