
Sulit
4 tahun
Selepas ambil injection depo bulan9 selepas itu tidak ambil lagi .. kenapamasih tidak lagi datang haid
Sya tidak datang haid selama 3bulan sudah …syg tidak tahu kenapa sebab

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Untuk pengetahuan anda, suntikan depo merupakan salah satu cara untuk merancang keluarga atau memperbetulkan kitaran haid seorang wanita. Tempoh keberkesanan suntikan depo adalah antara 2 ke 3 bulan. Pada masa ini seseorang wanita mungkin mengalami haid ataupun tidak datang haid. Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat
Anda tidak datang haid mungkin disebabkan oleh suntikan tersebut ataupun disebabkan oleh masalah lain seperti:
- Sindrom polisistik ovari ( polycystic ovarian syndrome /PCOS)
- Ketidakseimbangan hormon
- Jadual atau aktiviti harian yang terlalu sibuk
- Tekanan emosi atau stres
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Penggunaan perancang (pil/suntikan/implan)
- Hamil
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda atau seseorang wanita boleh mengalami masalah haid lewat. Saranan kami adalah anda perlu berjumpa doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan boleh diberikan sekiranya perlu.
Anda juga boleh merekodkan kitaran haid anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar untuk rujukan atau doktor dan anda boleh melihat bentuk kitaran haid anda pada setiap bulan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.