
Sulit
5 tahun
Selepas ambil postinor2 , boleh tak sambung terus ambil pil yasmin
hi … sy wanita 20’an . selpas sy brsetubuh brsama suami tanpa protection . sy ad ambil postinor 2 . then ke

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali, pihak kami ingin memuji puan atas kesedaran anda tentang kepentingan kaedah perancangan keluarga. Kaedah paling lazim adalah penggunaan kondom serta pengambilan pil perancang gabungan yang mengandungi sejumlah kecil dua jenis hormon wanita, iaitu ethinyestradiol (estrogen ) serta desogestrel (progesteron). Kaedah lain adalah:
- Penggunaan suntikan perancang (Contraceptive Injection) yang diambil setiap 3 bulan.
- Penggunaan alat IUCD (Intrauterine Contraceptive Device) yang boleh bertahan selama 3 tahun
- Perancangan menggunakan pengiraan kitaran haid melibatkan aktiviti seksual antara pasangan di luar waktu subur atau ovulasi
Untuk pemilihan kaedah perancang yang terbaik, doktor pakar perlukan maklumat lanjut seperti sejarah status kesihatan, gaya hidup, kitaran haid biasa serta sejarah pengambilan sebarang ubat- ubatan. Hal ini demikian kerana kaedah kontraseptif mempunyai kesan sampingan tersendiri.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pil perancang, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut dengan pihak farmasi kami. Terima kasih.