
Sulit
2 tahun
Selepas bersama terasa macam melecit
hye saya wanita berumur 25thn, saya sudah berkahwin , saya nak tanya , selepas bersama suami, dekat bahagian kemaluan saya terasa seperti melecit?? kenapa ye? saya nk tahu bahaya atau tdk??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, perkara ini biasa berlaku sekiranya vagina anda kering.
Perkara ini akan membuatkan anda tidak selesa sewaktu bersama. Hal ini boleh membahayakan anda kerana luka tersebut boleh menyebabkan jangkitan kuman.
Bagi mengatasi masalah diatas, anda disarankan untuk menjaga kebersihan bagi mengelakkan jangkitan kuman dan menggunakan pelincir sewaktu bersama.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.