halizahatea
6 tahun
Selepas keguguran dan sedang merancang mendapat zuriat
Hai DR…saya berusia 31 tahun dan suami 45 tahun…saya baru lepas pantang keguguran kandungan 11 minggu…dalam waktu sekarang saya sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat…boleh kah saya makan ubat kuat kan rahim?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, punca berlaku keguguran adalah dibabkan perkara berikut.
Punca Punca Keguguran Janin:
- Faktor genetik
- Faktor Faktor Risiko seperti Hyperhyroid, Diabetes
- Jangkitan
- Merokok
Kebiasaannya doktor tidak memberi sebarang ubat untuk menguatkan rahim dengan sewenang-wenangnya. Memandangkan anda sedang mencuba untuk hamil, anda disarankan:
- mengambil asid folik
- makan makanan sihat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































