
Sulit
4 tahun
Selepas khawin keputihan Dan begkak di luar zakar
Dokter saya nak tanya selepas saya kahwin saya ada masalah pada zakar umur saya 23 tahun, zakar cr macam ada tompok keputihan Dan ada bengkak2 pada zakar

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Dermatitis (sekiranya zakar anda selalu mengalami kegatalan)
- Lichen sclerosus (anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya ianya mulai menjadi gatal dan sakit semasa ereksi)
- Vitiligo (Kondisi di mana sel kulit tidak lagi menghasilkan melanin, iaitu sel warna kulit, biasanya tiada masalah kesihatan)
- Penyakit kelamin seperti Syphilis
- jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- Fordyce spots
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.