
Sulit
3 tahun
Selepas saya buat aborsi bila saya akan datang haid
Saya berumur 21 masa tu saya buat aborsi tetapi saya lupa untuk pergi ke Dokter semula untuk check ape , saya patut buat ? Adakan ia menyebabkan haid saya datang lambat ? Selapas aborsi dokter bgi ubat tapi dah abis kali kedua saya tak pergi jumpa dokter untuk ambik ubat .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda telah mengugurkan anak dan ingin mengetahui bila anda akan mendapat haid seperti biasa. Kami akan cuba membantu anda.
Secara umumnya, haid biasanya akan datang dalam tempoh 4-6 minggu selepas mengugurkan kandungan. Jika anda tidak datang haid dalam tempoh ini, sebaiknya anda merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca masalah anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi atas talian bersama doktor kami agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan