
razinadha
5 tahun
Selsema runny nose + stuff nose
HI doctor, saya dan isteri saya selsema (runny nose dan stuff nose) kadang2 ada batuk yang berkahak tapi tiada demam . Perlu ke kami buat screening? hari selasa saya ada keluar beli ubat di farmasi . ramai juga org.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk makluman anda, berikut merupakan gejala bagi jangkitan coronavirus:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Seperti yang disenaraikan di atas, gejala jangkitan coronavirus sangat berkait rapat dengan penyakit lain. Untuk membantu pakar perubatan membuat keputusan, risiko seseorang individu haruslah diketahui. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah untuk mengurangkan kesesakan di hospital bagi melakukan ujian saringan COVID-19. Mereka yang berisiko tinggi akan diberi keutamaan untuk melakukan ujian COVID-19.
Selain jangkitan COVID-19, gejala selsema dan batuk boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini