Sulit
5 tahun
Semggu demam on off batuk selsema sakit sendi
Sy nk tnye sy da smmgu lebih demam on off batuk selsema kebas2 berpeluh adakah sy ad terkene covid atau penyakit lain
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Saya memahami kebimbangan anda. Gejala COVID-19 tidak spesifik kepada jangkitan virus ini sahaja. Terdapat pelbagai sakit yang boleh membawa gejala demam. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Demam berpanjangan selama seminggu dengan batuk, selsema dan sakit sendi boleh disebabkan oleh:
- Demam viral
- Jangkitan virus atau bakteria pada saluran pernafasan
- Resdung
- Demam denggi
- Malaria
- Penyakit kencing tikus
- Penyakit tuberkulosis
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































