
Sulit
4 tahun
Senak di bahagian dada kiri
Saya berumur 25 tahun. Sejak dua menjak ni saya selalu senak di bahagian dada kiri.datang secara tiba-tiba dan hilang sendiri.berat untuk bernafas seperti tidak puas

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anda. Saya mendapati pihak anda mengalami masalah sakit dada dan juga sesak nafas. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Asma
- Anemia (kekurangan darah merah)
- Masalah tiroid
- Masalah jantung
- Serangan panik
- Masalah jantung
- Masalah paru-paru
- Keradangan tulang rusuk
Namun begitu, ini hanyalah jawapan am bagi soalan yang diajukan. Maklumat lanjut mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan sebelum diagnosis yang tepat dapat dikenalpasti.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.