
Sulit
4 tahun
Senak pada bahagian perut dan sakit pinggang
Saya ada masalah sakit pinggang pada bahagian tepi dan belakang. kadang rasa senak pada bahagian atas kemaluan. Adakalanya sakit pada bahagian telur. Mula rasa sakit kerana telur saya pernah naik ke atas (tidak berada dalam kantung) semasa bangun tidur

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pinggang. Untuk makluman anda, sakit pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Otot pada pinggang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang dan pinggang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Slip disc
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang yang boleh menyebabkan kepedihan sewaktu kencing.
Untuk makluman anda, sakit buah zakar sehingga ari-ari dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat hernia atau bahasa awamnya adalah angin pasang
- Buah zakar terbelit (testicular torsion)
- Epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
- Orchitis - jangkitan buah zakar akibat jangkitan virus atau bakteria
- Lipoma yaitu ketulan lemak yang membesar sehingga menimbulkan sensasi senak
- Limfadenitis - keradangan kelenjar limfa
- Seluar dalam yang terlalu ketat - menyebabkan kesukaran pergerakan buah zakar dan zakar
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.